Saturday, November 20, 2010

RaYa Haji Udah BeRLaLU~~`

BisMillAH>>>>>>>>>>

Nak tau pagi2 after solat subuh saya selalu buat apa?? Macam biasalah dh bergelar isteri ni xb0leh ngelat2 dah, pagi2 bangun subuh, lepas tu kalo rajin buatlah cokodok ke, karipap bunga xjadi ke, untuk bekalan boss saya ni, kalo malas suruh boss beli kat makcik tepi jalan ujung nu jela..hihi..sesudah keberangkatan beliau ke tempat keja, bermulalah kerja surirumahtangga..basuh baju, kemas umah..tapi sambil menjalankan kerja2 pembersihan rumah saya selalu buka tv9, cite TANYALAH USTAZ, start jam 7pagi sampailah jam 8pagi..


                                                                ~~ credit to google ~~


Ustaz yg mengacarakan cite ni, ust Mohammad Nidzam Abdul Kadir dengan loghat kedahnya, Ust ni lecturer UIA, buku dia ada jual kat pasaran, best, sempoi bahasa yang ust ni guna, senang nak paham.sesuai laa dengan jiwa keremajaan.Antara buku2 beliau:-

1. Remeh Temeh Salah Faham Tentang Islam Tapi Anda Malu Bertanya
2. Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Zakat Tapi Anda Malu Bertanya
3. Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Muamalat Tapi Anda Malu Bertanya  
4. Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Isu Semasa Tapi Anda Malu Bertanya
5. Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya
6. Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Nikah Kahwin Tapi Anda Malu Bertanya
7. Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya

Harga sume buku ini adalah sama, kat semenanjung m'sia: rm16.90, kat sabah/sarawak rm18.90. Bagi sesiapa yang nak tanya ustaz apa2 kemusykilan, ataupun nak tahu sinopsis buku2 beliau bolehlah melayari blogspot beliau,  http://nidzamkadir.blogspot.com

Sebenarnya saya confuse sket pasal hari Tasyrik, lepas ustaz Nidzam sebut tadi, barulah saya faham hari2 Tasyrik ni adalah hari makan, minum, & zikir kepada Allah s.a.w, iaitu 3 hari setelah hari raya Aidil Adha, iaitu 11,12,13 Zulhijjah, pada saat itu kita menyembelih binatang & memakan daging serta menikmati rezeki yang diberikan oleh Allah Taala, tapi hendaklah berpada-pada sehingga tidak melepasi had & syariat.

Jom kita selidik latar belakang Aidil Adha ni...



Hari Raya Adha @ pun korban ini jatuh pada hari ke-10 pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban ni, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Selepas solat raya, bermulalah ibadat korban, ibadat ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Pada tiga hari itu umat Islam masih dalam suasana perayaan hari Raya Idul Adha sehingga masih diharamkan untuk berpuasa. Namun sebagian pendapat mengatakan bahwa hukumnya makruh, bukan haram. Apalagi mengingat masih ada kemungkinan orang yang tidak mampu membayar dam haji untuk puasa 3 hari selama dalam ibadah haji.

إِنَّهَا أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْب وَذِكْرِ اللهِ تَعَالى – رواه مسلم

Sesunggunya hari itu (tasyrik) adalah hari makan, minum dan zikrullah (HR Muslim)

nak tahu lebih lanjut bolehlah anda cari kat www.wikipedia.net. Sekian,Wassalam..

No comments:

Post a Comment