Friday, December 31, 2010

AlHamDuLiLLaH.... A'M JaDid..

Salam..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...syukur kepada yang Esa, kita masih lagi dipanjangkan usia untuk terus melalui fasa 2011 ini..SELAMAT TAHUN BARU..


Moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelum ni,especially dari segi IMAN dan AMAL kita, mintak diampunkan juga dosa-dosa yang lalu, dan dihiasi diri dengan akhlak terpuji. Amin..
Azam tahun-tahun lepas yang belom selesai tue jom kita sama selesaikan mana yang penting, elok & mampu. Moga dipermudahkan segala urusan olehNya...

Selamat TaHuN BaRu
tengs google

tengs KartunisUbi.com

tengs iLuv Islam
jOM SuBuRKaN iMaN

MakaN bUAh bNyak2 aPa dapaT?! ~~~~

SaLam..

Dah lama tak cakap pasal makan-makan..hehe..so rini saya nak kongsi pasal buah-buahan plak..saya ni memang hantu ulam-ulaman & buah-buahan..peti ais kompom penuh dengan ulam, xpun buah..ok..stopssss~~~

Jom kita tinjau khasiat makanan sedap, lazat nih..terliur dah ni..slurpss ...

1. Buah Delima:-
Dalam bahasa Arab (Rumman)
  • melegakan cirit-birit, bengkak usus, buasir (proses penghadaman sume la)
  • mengatasi masalah kemandulan, keputihan
  • untuk otak yang cerdas & pintar (baik utk ibu-ibu yang mengandung jgk)
  • menguatkan jantung, membantu fungsi saraf & otot
  • mengatasi masalah anemia (keletihan)
# nk tau lebih lanjut baca kat sini : www.ikim.gov.my.. bahagian artikel


2. Buah Anggur :-
Dalam bahasa Arab (I'nab)
  • menyembuhkan penyakit tekanan darah tinggi, lemah jantung & masalah kulit
  • membantu menstabilkan darah dalam badan
  • mengawet muda
  • baik untuk otak, jantung, paru-paru dan tulang belakang 
  

3. Buah Epal :-
Dalam Bahasa Arab ( Tuffah)
  • mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan
  • membantu mengekalkan berat badan
  • menurunkan risiko masalah barah & jantung
  • membantu proses penghadaman (epal hijau)
  • mencegah pembentukan lemak dalam badan

4. Buah Tembikai :-
Dalam Bahasa Arab ( Bittikh')
  •  melancarkan pengaliran darah
  • menyembuhkan penyakit spt pening kepala, penyakit paru-paru & masalah kulit
  • bertindak sebagai pelawas (masalah ginjal & salur kencing
  • membunuh sel-sel kanser
  • mengurangkan risiko kecacatan saraf tunjang & otak ( baik utk ibu-ibu mengandung)

5. Buah Limau :-
Dalam Bahasa Arab (Burtuqal)

  • baik untuk mata (elak katarak, rabun)
  • menyembuhkan penyakit karang, osteoporosis (tulang reput), asma/lelah
  • menghilangkan pening/sakit kepala
  • untuk gigi yang kuat, elakkan gusi berdarah
Okeh..sekian saja untuk kali ini..kain belom dilipat..hehe..selamat mengamalkan gaya hidup yang sihat. " OTAK YANG CERDAS DATANGNYA DARI TUBUH YANG SIHAT" Begitulah pepatah Arab..

Sekian..Maassalam~~~

# all these pics credited to google..TQ

Thursday, December 23, 2010

hAnyA sEkAdAR mEmBeRi pENdAPaT

Salam....


Hari ni saya nak berkongsi satu idea..

" Jika kerajaan boleh mendirikan sekolah-sekolah khas untuk pelajar yang cemerlang seperti MRSM, SBP, CLUSTER & sebagainya.. kenapa tidak disediakan juga sekolah-sekolah khas, yang kondusif, yang mesra pelajar untuk pelajar-pelajar yang bermasalah?! Tentunya ini dapat melancarkan proses pengajaran & pembelajaran"

Mungkin ada yang menyangkal.. arghh..kerajaan mana ada budget yang cukup...xpun..nanti kena guna byk guru-guru yg pakar... dan sebagainya..

Itu semua bukan alasan.. Jika kerajaan boleh memperuntukan berjuta-juta untuk projek mendirikan bangunan berapa ratus tingkat entah untuk tujuan ekonomi..Kenapa tidak boleh disalurkan juga budget tersebut ke arah mempertingkatkan kualiti pembelajaran?!

Sama-samalah kita renungkan..Sejauh manakah kebenaran idea itu? Comment anda di alu-alukan...

Sekolah oh sekolah~~~ 


Sekian....Bubye~~~~~``

Wednesday, December 22, 2010

KpdMU Allah aKu MemOHoN~~

Doa PeNdindiNG


seLawaT sYifa'



Terjemahan:

Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda. 


Kelebihan-kelebihan selawat. Nie bukan dikhususkan untuk selawatsyifa'..tetapi secara umumnya banyak manfaat....

1.Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda - (Hadis Riwayat Muslim.)

2.Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3.Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan
selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4.Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah
selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5.Sesiapa yang amal membaca
selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6.Amalkan membaca
selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7.Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8.Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9.Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.

10.Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

11.Amalkan
selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12.Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13.Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.

14.Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15.Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16.Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17.Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18.Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca
selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19.Membaca
selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20.Sesiapa yang membaca
selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21.Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca
selawat sebanyak 70 kali sehari.

22.Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

23.Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24.Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.

25.Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan
selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26.Membaca
selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27.Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28.Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29.Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Hadis Riwayat Abu Naim.

30.Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - Hadis Riwayat Thabrani

Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan
selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.

sumber dip
eroleh dari http://soleh.net/2007/09/26/keajaiban-
selawat/

Wednesday, December 15, 2010

KeRja mAi La Cari AkU....

sALam....

hehe..xhabis-habis pening pasal keja kan? susahla plak..rasa macam study lagi best..pegang buku ja..

Tension cari keja + borink dah dok umah..makan tito, makan tito..nasib baik tak domok.. baru-baru ni interview macam xda chance ja..biasala..konvo pun blum lagi..sapa nak pandang..isk2..

Tapi xpa..rezeki Allah ni luas, setiap orang ditentukan rezeki masing-masing..LA TAHZAN~~~ Doa banyak2, zikir banyak2, solat hajat banyak..InsyaAllah.. Dia tidak akan menghampakan hambaNya...

come to me plez~~~~

Thursday, December 9, 2010

PLeAsE hiRe mE, i'Ve GrAdUatEd~~~~~~~~

SalAM......

Dah basi, masam blog aku ni..busy beb.. sibuk buat partime, jd penulis sambilan yang xtau masa depan.. nak isi masa punya pasal..penat tggu interbiu.. Senin ni da interbiu..Ya Allah..tolong hambaMu ini..takotttt....

Sebenarnya saya baru je beberapa hari grad, tp dok umah dh sebulan 2 hari.exam final habis awal, saya cabut awal la dulu. 

Alhamdulillah,akhirnya habes jugk study saya, sebelum ni status dok active lagi..check2 tadi dh graduated..melompat katak la..sapa xsonok kan, dh merdeka, buku xpayah hadam termuntah-muntah dah..



Tapi saya xpuas hati gi,nak sambung Master plak, cita-cita saya nak jadi lecturer ( hehe..orang kecik, cita-cita besau), lagipun ada degree pun belum tentu dapat keje kan? risau jugak..

Sekarang saya jadi writer, partime je, dapatla sekupang dua..Saya diberi tugasan membuat esei untuk budak2 sekolah rendah.. Dah lama tinggal BM ni,nak buat 1 ayat pun pikir berjam-jam.. Tabik spring lah untuk adik2 sekolah rendah yang dapat A dalam BM penulisan.. ( malunya aku)~~~

K, la..xleh lama-lama ni..nak sambung keja..sok due, kenala berjaga sampai pagi.hukhuk~~~

BUBYE..SaLaM~~~~~~

Sunday, December 5, 2010

MeMoTiVaSiKan PenGanGGuR TeRHorMAt

SaLam~~~

Esok, 7 disember, cukuplah sebulan saya tanam anggur yang ranum kat belakang umah tuh, borink sesangat sangat, interview banyak dapat, tapi tempat interview @ tempat kerjanya mesti jauh, saya ni dh kawen, mana leh terbang jauh-jauh..Kedah Oh Kedah, katanya nak maju 2010, ni dah nak masuk 2011, mananya? kerja kosong pun payah pait nak cari kat sini, agaknya 2020 kot baru nak maju...

13hb ni temuduga KpLi, Alhamdulillah sebab lepas M-Test yang sangat susah itu walaupun kali pertama jawab soalan yang beratus-ratus tu dalam masa 2jam 30minit. tapi yang merisaukan saya sekarang temuduga nila..dhla xkonvo lagi, ada partial transcript ja, macam xda harapan ja..xpa-xpa..amek pengalaman pun dah ok, mana saya pernah diinterview lagi..hehe..

Harap-harap kerja-kerja lain yang saya apply baru-baru ini ada rezki..xpe..doa senjata Mukminin. xpe..saya ada back up plan, sambung master plak, dahagakan ilmu lagi, belum puas dan tidak akan puas mencari ilmu Allah. Moga Allah permudahkan segala urusan ini..Aaaaamiin...

Bagi kawan-kawan saya yang sesampan dengan saya,janganlah anda risau, rezki Allah dimana-mana, tapi kena ada D.U.I.T.. hah? duit pa plak, seringgit pun xcukup dalam handbeg ni..hehe.. bukanlah, D.U.I.T tu stands for:

D : DOA
U : USAHA
I : IKHTIAR
T : TAWAKAL


Alhamdulillah, selama saya study dari sekolah menengah sampaila grad saya berpegang pada D.U.I.T ni, tapi saya tambah 1 formula,YAKIN..... Dalam apa jua yang saya lakukan saya yakin dan berpegang InsyaAllah, Allah akan tolong kita juga. Tapi ingat..USAHA KENA KONSITEN, sikit pun TIDAK BERPUTUS ASA, kalau JATUH BANGUN SEMULA, CARI SEBAB KEJATUHAN, dan ATASI SEBAB,TIDAK BERULANG kesalahan yang sama. 

Alhamdulillah saya bersyukur setiap result yang saya dapat tapi semestinya saya TIDAK MUDAH BERPUAS HATI, dan saya inginkan YANG LEBIH BAIK.

Simple je sermon kita hari ini, singkat tapi bukan mudah untuk diamalkan..tapi berbekalkan NIAT & KEAZAMAN YANG TINGGI, insyaAllah everyone can do it, nothing is impossible. Sekian...
:)




Wednesday, December 1, 2010

jOM buAt PaU keLaPA pLaK

Salam....

Dh brape ari xmasuk update.. macam biasa nak kongsi buat pau kelapa plak, buat ni kemarin dulu lagi.untuk bekalan suami g keje.ni baru nak upload, sibuk plak dengan keja partime skrg ni..

Okey..ini resepinya: (SuME ResEpI sAyA ALa-ALa kAMpUnG jA)

Bahan-bahan untuk inti:

- kelapa/nyok yang dh diparut
- gula merah (setakat nak memerahkan kelapa ja/ bukan untuk memaniskan)
- garam secukup rasa
- gula secukupnya (manis lagi sedap)

Mula-mula masukkan sedikit air, masukkan gula merah, dh mendidih sket masukkan kelapa yg diparut, sedikit garam dan gula..bila air gula dh kering, tutupla api...siap!! biarkan dia sejuk k.

Bahan-bahan untuk buat paunya:

- tepung gandum
- 3 sudu minyak masak
- garam ( dibancuh dgn sedikit air)
- mauripan / yis segera (sesudu kecil je, jgn banyak sgt, bancuh dgn air, biarkan sampai ia kembang n naik)
- sedikit air
- daun pisang ( gunting bulat-bulat, buat pelapik je)

Masukkan semua bahan tadi, uli sampai jadi doh lembut, xlekat kat tangan, tambah air sedikit demi sedikit kalau masih lagi keras, nak tau doh lembut ke x, bila tekan sket dengan ujung jari sket dah tinggal kesan.. (xtau buat ayat la..tibai ja..)..lepas tu biarkan dia naik ek,yis bertindak la..dan inilah doh saya:




Lepas tu,ambik tepung buat bulat-bulat dan leperkan, jangan tebal sangat tau, lepas tu masukkanla inti kelapa tadi, dan tutup balik, pulas p la macam mana pun asalkan dia tertutup elok, adjust bagi cantik sketla..xcantik tengok pun xbest, nk makan pun xmenarik kan? So, inilah hasilnya:




Sesudah itu bolehla dikukus guna periuk kukus, jangan letak banyak sangat k, nanti dia akan mengembang n menaik lagi, periuk saya kecik, saya letak sket ja.. kukus dalam 10-15minit lebih kurang, saya main agak ja,hehe..dan inilah pau saya selepas dikukus:


# makan panas-panas baru sedap, dh sejuk t jadi keras.
# pau cara kampung je, mak saya ajar.