Monday, November 29, 2010

JoM BuAt KeK cOKlaT LemBaB

Salam...

Tentu anda suma terpikir saya ni asyik buat makan je..hehe, memang hobi saya mencuba resepi-resepi baru, tambahan pulak saya ni kuat makan, kejap-kejap makan, tengah-tengah malam pun bleh makan lagi..apa? xtakut gemuk?? xla..saya makan banyak mana pun xpenah-penah naik,cedih tau..tapi nak wat cane, dah keturunan..hihi...

After magrib semalam saya trus buat kek coklat lembab, tepungnya dh beli berkurun dah, semalam baru buat sebab xda mixer, tibai yang kakak saya punya barulah boleh buat, memandangkan adik-adik ipar saya serta bapa mentua saya suka kek coklat ni so saya buatla...Dah siap masak kek ni trus pegi umah mentua, makan panas-panas baru sedap,sejuk dah xsedap, xjauh pun umah saya dengan umah mentua, dalam setengah jam je lebih kurang,

Elok sampai je umah mentua adik-adik ipar trus serbu, ayah mentua pun sama, licin,sampai suami saya xsempat rasa, nasib saya simpan lagi satu acuan kat umah, dapatla beliau pegi keja berbekalkan kek saya kukus pagi tadi..Ini lah dia kek saya~~~



Maaf la, camera murah, pic xbrapa nak jelas, untuk pengetahuan anda saya guna tepung segera yang siap packing, adun sume bahan n bakar je.memandangkan kat umah saya ni xde oven, so saya kukus ja, lagipun bagi saya kukus lagi sedap, nampak basah n menarik..hehe.Dalam packet ni juga siap disertakan cara-cara membuatnya, simple, sesiapa yang xpernah buat kek pun bleh buat. 


Xdapat pulak nak kongsikan resepinya, sebab arahan yang disertakan dalam ni ikut packet tepung yang dilabelkan dgan A,B,C,D,E..Xkan saya nak tulis "masukkan tepung B sedikit demi sedikit", Xpaham pulak nanti kan, bila anda beli tepung segera ni baru nampak arahannya macamna..hihi..

k la sekian untuk rini, Maassalam~~~~

Saturday, November 27, 2010

zAmAn KaNaK-KaNak~~~~

Salam Alaikum..........

Hehe..tetiba je tringat zaman kecik2 saya dulu...setiap orang ada masa keciknya, kecuali yang meninggal semasa dilahirkan, Al-Fatihah untuk arwah~~~~~~

Tapi bagi budak kampung macam saya ni macam-macam kenangan indah mahupun pahit, semua pemainan dh try, kawan dengan budak-budak laki, main layang-layang, congkak,cakplong, lastik, tuju kasut & tin, main tol @pun dipanggil galah panjang, lagi zero point ataupun lompat getah, main guli, dan macam-macam lagi..

Bila diingatkan best plak kan? rasa macam kecik-kecik dulu xpadan dengan pompuan nakal, ketegaq sume ada..hehe...Kalo cuti sekolah pagi-pagi dah merayap, g mandi sungai la, tangkap ikan kat sungai, bendang, charok, makan nasi pun umah kawan-kawan, elok dh maghrib baru balik, so, kenela bebel dengan ibu terchinta, tapi biasa la budak-budak kan? buat xtau ja..kena rotan, cubit pun xreti-reti gak..nakal kan saya dulu-dulu..

Ada lagi~~~~korang mesti selalu cilok duit mak ayah korng mintak nak eli aiskrim batang, seposen tu..So, semalam saya tetiba ja rasa nk buat eskrem batang ni bersama suami tersayang,ini dia eskrim asam boi..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

eskrim kami

sape nak? angkat tangan, t saya pos....huhehheahea

Friday, November 26, 2010

KaMi BerDuA, U & I (LoVe EacH oThER :* )

SaLaM SuMer....

Awat? tengok title atas macam gatal kan? hehe...sekali skala, bukan sokmo kan?! Nak dijadikan cerita..beginilah kisah cinta kami..bercinta lepas kawen..ramai yang takut bila dengar kawen pilihan family, jangan takut, jodoh kita Allah tentukan, cuma nasihat saya ingatlah ayat-ayat Allah ini, dalam surah nisa', mafhumnya beginilah lebih kurang :

      "Lelaki yang soleh untuk wanita yang solehah, wanita yang solehah untuk lelaki yang soleh"

Sebenarnya kita mempunyai ruang untuk memilih siapa jodoh kita, jodoh ni "qada' muallaq", yakni qada' yang boleh berubah dengan doa. Tapi ingat kata saya, berpeganglah pada ayat Allah yang disebutkan tadi, tengok diri kita, renungkan bagaimana diri kita, akhlak kita, dengan izin Allah begitu jugaklah jodoh kita, lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan sebaliknya.

Tepuk dada tanya selera anda..perbaikilah apa yang perlu diperbaiki, perlahan-perlahan, jangan tergesa-gesa, sedikit demi sedikit perubahan diambil, tapi kenalah beristiqamah..

Berdoalah kepada Allah agar diperelokkan akhlak kita,dan mintak tolonglah daripada sahabat-sahabat kita, suami kita, isteri kita, ibu ayah kita, lecturer kita agar mendoakan kita supaya diperelokkan perangai. insyaAllah, mustajab.

Teguran saya bagi sahabat-sahabat yang masih "in a relationship" jagalah batas-batas yang disyariatkan, tentu kita tak nak anak-anak kita nanti mewarisi tingkah laku "pelik" kita. Bagi sang gadis jangan mudah termakan pujuk rayu buaya di luar sana, sang jejaka pula jagalah "teman" anda sebaiknya, jangan ambil kesempatan pulak.

Sama-samalah korang berdoa mintak dipanjangkan jodoh, tapi NIAT kena ikhlas, JANGAN PUTUS ASA, YAKIN, SABAR & ISTIQAMAH dalam berdoa, InsyaAllah kebahagiaan milik antuma..

Inilah yang saya amalkan sebelum ini, Alhamdulillah saya bertemu jodoh yang sangat-sangat baik. Terima kasih kepada Mr.F untuk ini tadi.......



Aiskrim (sedapp, love it) : beginilah cara pelik si dia memujuk isterinya yang majuk :p

# pic xclear upload dari h,p cap ayam

Thursday, November 25, 2010

DaPAtkan anEKa MaCAM TuDuNg

TUDUNG-ONLINE YANG SANGAT CANTIK


Jom pakat-pakat grab~~~~~~~~~~~~

(# make sure hangpa guna internet explorer kalo nak buka, jgn guna Mozilla Firefox, tak boleh buka t) 

Antara barang yang dijual di situ:
  • Tudung Trendy


  • Lycra Plain Swarovski (sgt cantik,sukanya...tudung amanda kontra)

  • Tudung Bawal (hand made)

  • Aneka Brooch (comel sgt2) 


  • Baju Untuk Baby & Kanak2 pun ada

 Cara Nak Order
  • Mula-mula  masuk website :  http://tudung-online.com/?ref=zaara  
  • pastu ambik no & SMS/ Tepon kat no. yang depa bagitue
  • Bank In duit kat depa la
  • Pastu dapatla barang yang hangpa order tu :
JoM Order..Bekenan plak kat tudung Amanda Kontra tue.....

Tuesday, November 23, 2010

AKu RaSA mAcAM nAk BeRNiaGA LA~~`

SalaM.......

Dah 2 minggu lebih aku ni menanam anggur yang xbrapa nak menjadi, terpikir jugak rasa nak buka bisnes sendiri, ingat nak buat bisnes t-shirt muslimah. kat taman ria mesra ni xdak lagi orang buat bisnes tu,tapi tu la masalahnya, modal xmencukupi plak...

Kan best kalo aku nega ni xkena modal, pas dapat untung baru aku kasi modal..hehe..knapa la xda yang berani buat gitu, bukannya sume orang penipu...aku ni jujur apa..masuk bakul angkat sendiri la plak..hehehe..

Xpa la..harap2 adala modal sket2 t..dok saja pakai kata xbleh beli h,p baru la aku.. dgn nk smbung master lagi..sume duit tu, nak harap satu gaji zaman la ni xbleh dah..duduk di takuk lama la jawabnya ```````````

Emm...harap-harap jumpala bisnes yang dicari nanti..USAHA TANGGA KEJAYAAN.. Sahhalani Ya Allah~~~~~~~


Saturday, November 20, 2010

RaYa Haji Udah BeRLaLU~~`

BisMillAH>>>>>>>>>>

Nak tau pagi2 after solat subuh saya selalu buat apa?? Macam biasalah dh bergelar isteri ni xb0leh ngelat2 dah, pagi2 bangun subuh, lepas tu kalo rajin buatlah cokodok ke, karipap bunga xjadi ke, untuk bekalan boss saya ni, kalo malas suruh boss beli kat makcik tepi jalan ujung nu jela..hihi..sesudah keberangkatan beliau ke tempat keja, bermulalah kerja surirumahtangga..basuh baju, kemas umah..tapi sambil menjalankan kerja2 pembersihan rumah saya selalu buka tv9, cite TANYALAH USTAZ, start jam 7pagi sampailah jam 8pagi..


                                                                ~~ credit to google ~~


Ustaz yg mengacarakan cite ni, ust Mohammad Nidzam Abdul Kadir dengan loghat kedahnya, Ust ni lecturer UIA, buku dia ada jual kat pasaran, best, sempoi bahasa yang ust ni guna, senang nak paham.sesuai laa dengan jiwa keremajaan.Antara buku2 beliau:-

1. Remeh Temeh Salah Faham Tentang Islam Tapi Anda Malu Bertanya
2. Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Zakat Tapi Anda Malu Bertanya
3. Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Muamalat Tapi Anda Malu Bertanya  
4. Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Isu Semasa Tapi Anda Malu Bertanya
5. Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya
6. Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Nikah Kahwin Tapi Anda Malu Bertanya
7. Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya

Harga sume buku ini adalah sama, kat semenanjung m'sia: rm16.90, kat sabah/sarawak rm18.90. Bagi sesiapa yang nak tanya ustaz apa2 kemusykilan, ataupun nak tahu sinopsis buku2 beliau bolehlah melayari blogspot beliau,  http://nidzamkadir.blogspot.com

Sebenarnya saya confuse sket pasal hari Tasyrik, lepas ustaz Nidzam sebut tadi, barulah saya faham hari2 Tasyrik ni adalah hari makan, minum, & zikir kepada Allah s.a.w, iaitu 3 hari setelah hari raya Aidil Adha, iaitu 11,12,13 Zulhijjah, pada saat itu kita menyembelih binatang & memakan daging serta menikmati rezeki yang diberikan oleh Allah Taala, tapi hendaklah berpada-pada sehingga tidak melepasi had & syariat.

Jom kita selidik latar belakang Aidil Adha ni...



Hari Raya Adha @ pun korban ini jatuh pada hari ke-10 pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban ni, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Selepas solat raya, bermulalah ibadat korban, ibadat ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Pada tiga hari itu umat Islam masih dalam suasana perayaan hari Raya Idul Adha sehingga masih diharamkan untuk berpuasa. Namun sebagian pendapat mengatakan bahwa hukumnya makruh, bukan haram. Apalagi mengingat masih ada kemungkinan orang yang tidak mampu membayar dam haji untuk puasa 3 hari selama dalam ibadah haji.

إِنَّهَا أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْب وَذِكْرِ اللهِ تَعَالى – رواه مسلم

Sesunggunya hari itu (tasyrik) adalah hari makan, minum dan zikrullah (HR Muslim)

nak tahu lebih lanjut bolehlah anda cari kat www.wikipedia.net. Sekian,Wassalam..

FoR Our AnniVErsArY~~~~~~

Memandangkan semalam ANIVERSARY PERTAMA perkahwinan kami, so saya masak special utk dinner mlm ni..ape ek? emm..alang2 tadi dah jengok2 resepi kt internet tadi so sy tryla nk buat daging steam,~~ ini resepinya:-

DAGING:- mesti diperap dahulu
BHN:
1. bawang putih 2 biji,
2. bawang merah 3@4 biji,
3. serai 1@2 batang,

sume tu ditumbuk (tp jangan hancur sgt), then tambah kt bahan2 td:
- asam jawa ( amek air die je tau)
- kicap pekat n sos tiram ( agak2 ja..jgn byk sgt)
- garam secukup rasa
- nk best tambah MAGGI CUKUP RASA (secukup rasa)

dh siap gaul la dgn daging yg dihiris nipis2..perap 2-3 jam sebelum hampa mula memasaknya, so   inilah jadinya:-
                                        .
                                        .
                                        .
                                        .
                                        .




                


ni belum masak lg..hampa nk grill pun boleh (kena balik2 kan daging tu), nk panggang dalam oven pun boley (pada suhu 180'c).. saya nk try steam pulak..nk rasa kelainan..hehehe..

 
SeLAmAT mENcuBa Yer.......... :-)

Friday, November 19, 2010

~~~~ i'm BaCk ~~~~~~

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة اللة

I'M BACK.....blog yg dulu ada tp xpenah nk diupdate,,dh lupa password, so kena la buat lg skali..dh tua, xingt dh..hihi...diharapkan blog sy yg baru ni menambah lebih byk kenalan, serta dapat menambah ilmu2 n pengalaman baru :-)