Sunday, January 2, 2011

SaPe KeNa SantAu? BacE ni


Saya nak kongsi pasal "SANTAU" dalam program " Tanyalah Ustaz".. tak ingat dah apa nama ustaz ni, tapi beliau pengacara Al-Kuliyyah..tak sempat catch up pukul 7 pagi, saya catch up kol 12 malam tv9 tadi..

Ustaz ni cakap bahan-bahan yang digunakan untuk membuat bahan santau ialah : dawai, kaca, kuku,rambut, ulat bulu, kulit lipas, mentol, segala jenis miang terutama miang buluh dan ada lagi yang saya xsempat tangkap. tapi semua bahan kotor lah. Semua bahan tadi dicampur dan dijampi dengan mentera2 sesat dengan disebut nama orang yang nak disantau, di sekian tempat dan masa.

Cara nak elak santau:-

1. Baca 3 Qul sebelum tido..tiup pada tapak tangan dan sapu ke badan, dari muka, badan & kaki.


2. Baca ayat Kursi sebelum tido..


3. Amalkan Bismillah 5:


Bagi sesiapa yang amal Bismillah ni secara konsisten, apabila dipegang gelas atau pinggan yang mengandungi makanan atau minuman yang disantau, dengan izin Allah gelas/pinggan itu akan pecah. Terlepas la dari santau orang kan?.. Inilah kehebatan ayat-ayat Allah Taala..

Pantang bagi sesapa yang penah dapat rawatan kat darul syifa', atau lain-lain perubatan secara Islam ini dia:

"Jgn makan sume jenis benda yang tajam, limau (nipis, kasturi), cuka, nenas, rebung, elakkan makan benda ni sehingga betul2 sihat..juga jangan makan makanan yg pedas sebab organ kita xsihat lagi, lagi jangan ambil makanan yang berminyak kerana ianya menggatalkan, ais dan buah yang masam pun xboleh, lagi xboleh kerja kuat sebab organ belum stabil, lastly, tenangkan diri, baca al-Quran secara konsisten"

Hari jumaat baru-baru ni saya ada tengok Al-Kuliyyah, pasal santau jugak, ustaz tu pengamal perubatan cara Islam, beliau cakap peluang untuk sembuh bagi penyakit santau, 30% untuk sembuh datangnya dari kaedah rawatan kat pusat perubatan tu, 70% lagi bergantung kepada diri kita. Kena banyakkan berzikir, bersedekah, membaca al-Quran.

Paling penting dan mulia, maafkan orang yang santau kita.. Jangan simpan dendam. Lebih baik jika kita tak nak tahu sapa yang santaukan kita. Kalau tahu maafkanlah penyantau tersebut kerana ciri-ciri orang yang bertaqwa ialah :

  • Bersedekah pada waktu senang dan susah
  • Menahan marah
  • Memaafkan orang

okeh..setakat ini sahaja..nk tito dah..selamat beramal kawan2..bubye..



No comments:

Post a Comment