Saturday, January 8, 2011

PeRuT oH pERuT ... iKOT PeRUt


Ada tazkiroh plak hari ni..hehe..sekadar berkongsi ilmu yang dipelajari.. Tajuk ni di ambil dari slot rancangan Tanyalah Ustaz, TV9.. Tajuknya " Ikut Perut"..Maknanya cara makan minum kita..ikut perut ke ikut pencipta perut?!

Firman Allah Taala dalam Surah Al Baqarah : Ayat 172-173


Mafhumnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu, Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

Nak cakap pasal makanan yang disyariatkan Islam ni ada dua:
1. Yang Halal (Halalan)
2. Yang Baik (Toyyiba)

Kedua-dua ni adalah berbeza.
1. Halal : berkait dengan spiritual
2. Baik : berkait dengan fizikal 

KONSEP HALAL : Halal berasal dari bahasa Arab yaitu halla yang berarti lepas atau tidak terikat. Dalam kamus fiqh, kata halal adalah merujuk kepada segala sesuatu yang boleh dilakukan atau dimakan. Istilah ini, umumnya berhubungan dengan masalah makanan dan minuman. 

Lawan halal adalah haram. Haram berasal dari bahasa Arab yang bermaksud, suatu perkara yang dilarang oleh syara'. Mengerjakan perbuatan yang haram hukumnya berdosa dan mendapat pahala apabila ditinggalkan. Misalnya, memakan bangkai binatang, darah, minum khamr, memakan barang yang bukan miliknya atau hasil mencuri.

KONSEP BAIK/TOYYIB : Menurut imam Qurtubi, Toyyib bermakna sesuatu yang memberi manfaat kepada diri apabila dilakukan atau dimakan. Sebagai contoh, makan gula adalah halal tetapi bagi pengidap kencing manis jika dia mengambil gula maka konsep Toyyib itu tidak terdapat pada gula tersebut, kerana gula menyebabkan pengidap penyakit kencing manis akan menjadi lebih teruk.

Haram terbahagi kepada dua:

1. Haram li zatihi : secara zatnya ia memang haram. contoh, binatang yang disembelih tanpa menyebut nama Allah, daging babi, mayat dan lain2 yang diharamkan oleh Allah secara mutlak

2. Haram li ghoirihi : asalnya ia halal tetapi disebabkan oleh faktor luaran ia menjadi haram. Contoh: makan buah durian adalah halal, tetapi jika makan durian yang dicuri maka ia menjadi haram.

Dan yang paling penting faktor pemakanan dan peminuman kita berkait rapat dengan ibadah. Doa yang dimakbulkan Allah apabila kita menikmati sumber yang Halal. Kadang-kadang anak, isteri jadi rosak akhlak, degil..ini berpunca daripada rezeki yang tidak halal yang dibawak balik oleh si ayah, suami.Bila kita berdoa mintak sesuatu dari Allah doa jadi lambat, atau tidak dimakbulkan. Inilah faktornya..Faktor Pemakanan Rezki yang Haram. Jadi alertlah dari mana datangnya nasi, lauk yang kita makan hari-hari.. halalkah atau haramkah?!!

Bila makan pulak ikutlah petua Rasulallah s.a.w. 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk minuman. 1/3 untuk oksigen. Lagi satu, berhenti sebelum kenyang.

Okeh..inilah tazkiroh secara ringkas..ada lagi sebenarnya..saya xsempat nk catit. Nak tau lebih lanjut bolehla anda cari kat youtube. tulis Tanyalah Ustaz "ikut perut".. Kompom ada..

JANGAN IKUT PERUT, IKUTLAH PENCIPTA PERUT.
kecik ja perut kita kan?
Selamat beramal..Wassalam..

No comments:

Post a Comment